background img

The New Stuff

TONY PHUA PERLU UNDUR PAC SIASAT 1MDB DEMI KETELUSAN SIASATAN


KUALA LUMPUR 25 Jun - Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang juga menganggotai Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) perlu berundur daripada memegang jawatan tersebut supaya siasatan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dapat dijalankan dengan telus dan adil.
Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, berkata Tony pua merupakan seorang individu yang lantang mengkritik 1MDB sepatutnya lebih sesuai menjadi saksi kepada inkuiri daripada menjadi pihak yang mengadili dan menyiasat kes berkenaan.
"Saya perhatikan, Pua selaku ahli PAC terlalu banyak mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan siasatan terhadap syarikat berkenaan. Oleh itu, saya mencadangkan beliau menarik diri daripada menganggotai PAC bagi mengembalikan keyakinan awam inkuiri berhubung syarikat itu dijalankan dengan adil dan telus," katanya.
Menurutnya, gesaan tersebut dilakukan bagi menunjukkan keadilan dan hak asasi manusia terhadap PAC yang dilihat tidak adil kepada 1MDB ekoran ia mendapat perhatian umum.
"Ahli PAC termasuk Pua sepatutnya bertindak seperti hakim dalam kes ini, bukannya orang yang membuat tuduhan dan kenyataan awam mengenainya. Jika mahu mengeluarkan kenyataan seumpama itu, lebih baik jadi saksi kes," katanya. -Rakyat News 



0 comments:

Post a Comment

Popular Posts