background img

The New Stuff

Showing posts with label POLITIK. Show all posts

KUALA LUMPUR 25 Jun - Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang juga menganggotai Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) perlu berundur daripada memegang jawatan tersebut supaya siasatan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dapat dijalankan dengan telus dan adil.
Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, berkata Tony pua merupakan seorang individu yang lantang mengkritik 1MDB sepatutnya lebih sesuai menjadi saksi kepada inkuiri daripada menjadi pihak yang mengadili dan menyiasat kes berkenaan.
"Saya perhatikan, Pua selaku ahli PAC terlalu banyak mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan siasatan terhadap syarikat berkenaan. Oleh itu, saya mencadangkan beliau menarik diri daripada menganggotai PAC bagi mengembalikan keyakinan awam inkuiri berhubung syarikat itu dijalankan dengan adil dan telus," katanya.
Menurutnya, gesaan tersebut dilakukan bagi menunjukkan keadilan dan hak asasi manusia terhadap PAC yang dilihat tidak adil kepada 1MDB ekoran ia mendapat perhatian umum.
"Ahli PAC termasuk Pua sepatutnya bertindak seperti hakim dalam kes ini, bukannya orang yang membuat tuduhan dan kenyataan awam mengenainya. Jika mahu mengeluarkan kenyataan seumpama itu, lebih baik jadi saksi kes," katanya. -Rakyat News 

TONY PHUA PERLU UNDUR PAC SIASAT 1MDB DEMI KETELUSAN SIASATAN

1.Selepas DUALL meneliti satu persatu kabinet bayangan Malaysia yang disediakan Parti DAP ini, semacam yang tidak kena dan sangat janggal apabila hanya satu kaum menguasai pentadbiran Negara walhal komposisi kaum tertentu jauh lebih besar .
 
2. Bukan DUALL hendak mempersoal cadangan dan bayangan para pemimpin politik, tetapi DUALL nampak kabinet sebegini bukanlah mengundang satu konsep kestabilan.
 
3. Tidak dapat tidak , pihak yang mempunyai suara majoriti terbanyak perlu diberikan peluang untuk berada di dalam kelompok pentadbir Negara.
 
4. DUALL harap cadangan ini tidak akan ke peringkat pelaksanaan kerana ternyata ianya akan gagal dan membawa Malaysia ke satu kancah peperangan saudara!

Kabinet Bayangan Malaysia Satu Hari Nanti?

Popular Posts